Agong sedia beri PENGAMPUNAN kepada Anwar, kata Dr M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong bersedia memberi pengampunan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Perdana menteri berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan pemimpin 4 parti komponen Pakatan Harapan (PH) dengan Sultan Muhammad V, semalam.

“Dalam perbincangan 4 parti dengan Agong, Agong menyatakan beliau bersedia untuk memberi pengampunan kepada Anwar dalam kadar segera.

“Kami akan lakukan proses sewajarnya untuk dapatkan pengampunan Anwar, bukan sahaja dia mendapat pengampunan, tetapi dia juga akan dibebaskan serta-merta,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Jabatan Penjara Malaysia sebelum ini mengesahkan ketua umum PKR dan PH itu akan dibebaskan 8 Jun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pengiraan tempoh hukuman perlu dijalani Anwar dan tarikh pembebasannya dibuat mengikut ketetapan Seksyen 44 Akta Penjara 1995 serta Peraturan 43(1)(a) Peraturan-peraturan Penjara 2000.

Sumber: www.freemalaysiatoday.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *