Akhirnya Inilah Komen Fathia Latiff Kepada Bekas Perdana Menteri Najib Razak

Pelakon cantik jelita Fathia Latiff dikenali sebagai antaar penyokong kuat Tun Mahathir sejak sekian lama lagi.

Pernah Fathia Latiff menemubual Tun Mahathir secara live dan pelakon ini sememangnya menjadikan Tun Mahathir sebagai salah seorang idola untuk dirinya.

Fathia Latiff juga seringkali meluahkan pandanagannya dengan lantang tentang kerajaan terdahulu sehingga mencetuskan respon panas dari Dira Abu Zahar di persidangan Umno tak lama dulu.

Namun setelah pihak Pakatan Harapan memenangi pilihanraya pada kali ini, Fathia Latiff membuat tindakan yang dipuji ramai.

Ini apabila pelakon ini menulis komen khas buat bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Najib Razak.

Fathia Latiff mengungkapkan ucapan terima kasih buat Najib Razak di atas segala yang dilakukan kepada negara ini.

Ini komennya: “Assalamualaikum. Dear Dato Sri Najib Razak. I want to take this opportunity to say Thank You for all the beautiful things you’ve done to Malaysia. I represent the whole nation would like to say Sorry for the bad things we’ve said. You’ve been a great leader and we really appreciate what you’ve done for us”

Terjemahan: “Assalamualaikum. Kehadapan Dato Seri Najib Razak, Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas segala perkara terbaik yang telah anda lakukan buat Malaysia.

Saya mewakili seluruh negara ingin menyatakan rasa minta maaf di atas perkara buruj yang kami luahkan. Anda telahpun menjadi pemimpin yang hebat dan kami benar-benar menghargai segala yang telah anda lakukan untuk kami.”

fl.jpg
Sementara itu, Fathia Latiff turut memuatnaik video ucapan Tun Mahathir buatnya satu masa dulu.

Apapun memang amat terpuji tindakan Fathia Latiff ini yang membuat ucapan khas buat bekas Perdana Menteri Najib Razak. Rata-rata menyukai nya dan mengatakan ucapan Fathia Latiff ini amat hebat dan penuh berani.

Sumber : berita memey