Aksi Sweet dan manja, Fattah Amin ‘photoshoot’ bersama ibu tercinta

Sering bersama ke mana sahaja dalam setiap majlis keraian, pasangan sama cantik dan sama padan, Fattah Amin dan Nur Fazura tidak terlepas dari menjadi perhatian dan bualan netizen. Dek kerana keserasian mereka, pasangan Fattzura ini sememangnya terkenal dengan sikap manja dan sweetbergelar suami isteri.

Meskipun Fattah Amin kerap memuat naik gambar bersama Fazura, namun, sebagai seorang anak sulung daripada lima orang adik beradik, Fattah tidak terlepas untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Terbaru, Fattah telah memuat naik beberapa buah video di Instagram Stories yang melihatkan beliau dan ibunya, Azizah Abdul Ghani sedang mengadakan sesi photoshoot bersempena dengan Hari Ibu untuk senaskah Majalah Keluarga (MAG) pada bulan depan.

Berikut adalah gambar Fattah dan ibunya ketika sesi bergambar.

Sumber :  http://ceritadunia.org