BR1M Digandakan Sekali Ganda & Gaji Dinaikkan. Berikut Jadual Kenaikkan Antara Manifesto BN PRU14.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi isi rumah pendapatan RM3,000 dan ke bawah bagi pemberian pada Jun dan Ogos depan akan digandakan dari RM400 ke RM800.

Menurut laporan Bernama, ia diumumkan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Sabtu malam dalam Manifesto BN bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku’ yang dilancarkan belia untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Selain itu, bantuan sekali beri sebanyak RM1,500 akan disalurkan kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi.

Ini antara janji yang terkandung dalam Manifesto BN yang dilancarkan Najib di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, Sabtu malam.

Dalam dokumen bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu, BN juga berjanji akan memastikan tidak ada rakyat yang terabai tanpa sebarang bantuan kerajaan walaupun bukan atas sebab kemiskinan.

Sebanyak tujuh juta orang menerima bantuan BR1M walaupun sebahagiannya bukan berada dalam kategori miskin,” kata manifesto itu.

Bila Pembayaran Duit BRIM 2018 Masuk Akaun.

Tarikh pembayaran BRIM 2018 menjadi topik hangat buat rakyat Malaysia ketika ini kerana ada pihak yang menyebarkan maklumat salah di media sosial mengenai tarikh pembayaran BR1M 2018 dan bila duit BRIM 2018 masuk ke akaun penerima BR1M.

Sebelum ini ada pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak sahih bahawa duit BRIM 2018 masuk ke akaun penerima pada tarikh 18 Febrauri 2018. Ternyata maklumat yang tular sebelum ini adalah salah sama sekali.

Pembayaran BR1M 2018 untuk fasa pertama adalalah pada 26 Februari 2018 dan akan diberikan secara berperingkat(tidak semestinya 26.2.2018 sudah masuk akaun).

Jadi, rakyat Malaysia yang berjaya mendapatkan BR1M dinasihatkan untuk menyemak dahulu akaun bank anda masing-masing melalui semakan online bagi mengelakkan kesesakan di mesin ATM.Semakan online boleh dilakukan menggunakan perbankan internet masing-masing sebagai contoh seperti Maybank2u atau CIMB Clicks.

Individu Bujang Dibayar Sekaligus Februari 2018Sebagai maklumat tambahan, pembayaran BR1M 2018 akan dibayar secara berperingkat mengikut kategori yang telah ditetapkan. Untuk kategori individu bujang sahaja dibayar sekaligus pada bulan Februari 2018 ini.

Sumber Mstar

Terkini- Inilah Kadar Kenaikan Gaji Yang Diumumkan Ds Najib Bagi Penjawat Awam. Banyak Tu

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan satu gaji tahunan untuk 1.6 juta penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai nanti.

Mengumumkan berita gembira itu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 (Mappa XVI) yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam, Najib yang juga menteri kewangan, turut mengumumkan beberapa insentif untuk penjawat awam dan golongan pesara.

Beliau berkata, pemberian kenaikan gaji itu sebagai menghargai jasa dan pengorbanan serta penat lelah penjawat awam sebagai kawan setia kerajaan dan kenaikan ini akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Ini bermakna penjawat awam mendapat tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan, di samping pergerakan gaji tahunan yang diterima bagi 2018,” katanya yang disambut sorakan dan tepukan gemuruh penjawat awam sambil berdiri sebagai tanda penghargaan.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Mappa merupakan acara tahunan di mana perdana menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Najib turut mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan kenaikan pangkat “time-based” berasaskan kecemerlangan kali ke-2 untuk kumpulan pelaksana dipendekkan dari 13 tahun kepada 10 tahun mulai 1 Januari lalu.

“Ini bagi memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai dalam kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan, termasuk pasukan beruniform,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan sembilan amanat kepada 10,000 anggota perkhidmatan awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya kelmarin.

Susulan itu, jumlah kenaikan gaji guru dan kakitangan awam ikut tangga gaji adalah seperti berikut:

Kenaikan 1 KGT :
Gred 11 : RM80
Gred 14 : RM90
Gred 16 : RM95
Gred 19 : RM100
Gred 22 : RM115
Gred 24 : RM120
Gred 26 : RM125
Gred 28 : RM130
Gred 29 : RM145
Gred 32 : RM155
Gred 36 : RM180
Gred 38 : RM195
Gred 40 : RM225
Gred 41 : RM225
Gred 44 : RM250
Gred 48 : RM270
Gred 52 : RM290
Gred 54 : RM320

 

http://cilipadi.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *