“Jangan Sampai Kami Boikot Macam Tudung Zouk!” – Didakwa Tiru Fesyen Neelofa, Vivy Yusof Ditegur Netizen?

Siapa yang tidak kenal pengasas Fashion Valet yang berjaya menjual sehelai tudung jenama dUCk dengan harga RM800, Vivy Yusoff?

Walaupun sering tampil dengan imej berfesyen terkini, Vivy Yusoff tetap memilih tudung dan selendang dalam aktiviti sehariannya.

Namun imej Vivy nampaknya mula berubah apabila wanita berusia 30 tahun itu dilihat menggunakan turban dan beberapa gambar dan video dirinya memakai turban tular di laman Instagram.

Pastinya penerimaan peminatnya berbeza, ada yang menyokong tindakannya memakai turban, namun ada juga yang menghalang.

Selain menampakkannya leher, turban sebenarnya imej yang dipopularkan oleh rakan saingan perniagaan hijabnya, Neelofa.

Rata-rata dilihat tidak bersetuju, bahkan ada yang mengugut untuk memboikot fesyen berkenaan jika wanita itu terus -terusan berimej sedemikian.

Terbaru salah seorang makeup artis (MUA) menerusi laman Instagramnya @shengsaw tampil memberikan penjelasan.

“But, dear mama valet’s fan, this is juz for a shoot, not her everyday’s look. Please don’t take it too serious ya. Peace y’all,” tulisnya di laman berkenaan.

Sumber Insatgram Sheng Saw

Kredit: KisahDunia.COM