“Kenapa lelaki tak ketuai doa? Aminkan doa dipimpin wanita?…” – Video Hajjah Neelofa baca doa dipersoal netizen

Biarpun sering dilanda kontroversi dan menjadi mangsa kecaman netizen, pelakon dan pengacara Neelofa kekal utuh apabila memenangi Top Top MeleTOP bagi kategori wanita buat kali kedua berturut-turut.

Terbaru, usahawan butik Naelofar Hijab itu telah memuat naik sebuah video berkongsi detik-detik sebelum berlangsung Anugerah Meletop Era (AME 2018) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad lalu.