“Semalam Dengan Salah Seorang #GengSpenderBasah!” – Tersilap Tag Aliff Syukri Terlajak Laris, Respon Zizan Razak Dan Aliff Satar Bikin Terhibur!

Selebriti mana yang tidak merebut peluang untuk berselfie bersama di malam Anugerah MeleTOP Era (AME18) beberapa hari yang lalu bukan?

Selepas sibuk menjalani penggambaraan dan sebagainya, majlis seperti ini boleh dikatakan tempat yang baik dalam mengumpulkan dan bertanya khabar antara rakan selebriti.

Tidak ketinggalan buat pasangan pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar dan Zizan Razak.

Alif Satar dalam laman Instagramnya telah memuat naik gambar dirinya dan Zizan Razak yang berselfie pada malam AME.

Entri berkenaan yang ditag akaun Instagram Zizan mendapat perhatian pelawak berkenaan.

Namun lain jadinya apabila Zizan tersalah tag akaun Alif Satar dengan usahawan terkenal, Aliff Syukri Kamarzaman.

Rata-rata terhibur dengan aksi kedua selebriti berkenaan, malah ada yang sempat mengusik Zizan.

Entri berkenaan yang dimuat naik dengan kapsyen ‘Semalam with one of my #GengSpenderBasah crew‘ mendapat lebih 52K likes daripada warga Instagram.

Sumber Instagram Alif Satar

Kredit: KisahDunia.COM