Senarai Antara Perceraian Selebriti Popular “Paling Kontroversi”. Puncanya Penceraian Membuatkan Anda Berfikir Sejenak.…

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan sebuah perkahwinan yang kekal bahagia selamanya.

Namun, jangan disangka panas hingga ke petang kerana tidak semua perkahwinan itu berjaya dipertahankan.

Tahun 2017, menyaksikan ramai selebriti yang menghadapi keretakan rumah tangga dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.

Berikut Astro Gempak senaraikan selebriti yang bercerai pada tahun ini:

1. Mimi Fly & Mohd Firdaus

Setelah sekian lama membiarkan status rumah tangganya menjadi teka-teki, anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengesahkan perkahwinannya dengan Mohd Firdaus Hajar sudah berakhir, baru-baru ini.

Tidak memberitahu bila tarikh perkahwinannya berakhir, Mimi hanya mengesahkan perceraian itu berlaku dalam bulan ini sahaja.

Spekulasi keretakan rumah tangga Mimi dan Mohd Firdaus tercetus apabila penyanyi itu tidak lagi memuat naik gambar berdua, selain memadam semua foto bersama yang pernah dikongsi di laman sosial.

Anggota kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengakui telah bercerai dengan suaminya Mohd Firdaus Hajar.

Menurut Mimi, mereka mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas tidak mempunyai persefahaman diantara satu sama lain.

“Kami sudah berpisah. Beru lagi dalam bulan ini. Pada awalnya saya berhasrat untuk menjelaskan semuanya pada awal tahun depan, tetapi apabila ramai yang sudah menghidu, lebih baik saya leraikan persoalan itu.

“Saya anggap jodoh kami berdua hanya setakat itu. Kami sudah tidak mampu lagi tempuhi hidup bersama.

“Barangkali silap saya juga hingga bekas suami sukar menguruskan saya yang banyak kerenah ini.

“Kami berpisah secara baik dan masih lagi berkawan. Selepas berpisah, saya kerap sibukkan diri dengan kerja.

“Saya gembira dengan kehidupan hari ini dan bebas mencorakkan jalan hidup sendiri,” katanya.

Mimi dan Mohd Firdaus sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 16 Mei 2015.

2. Hafiz Hamidun & Joy Revfa

Perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun dan pengasas kosmetik, Joy Revfa hanya bertahan beberapa bulan sahaja.

Selepas pelbagai konflik dan kontroversi yang berlaku dalam rumah tangga mereka, akhirnya Hafiz melafazkan cerai talak satu pada 25 Oktober lalu.

Hakim syarie mengesahkan talak tersebut sebagai talak Ba-in Sughra dan Joy tidak perlu menjalani edah kerana pasangan itu tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Terdahulu, Hafiz mendakwa perkahwinan mereka tidak sah selepas dia tidak dapat pengesahan perceraian Joy dengan suami terdahulu.

Hafiz, 33, melafazkan cerai terhadap Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shukran Yusof.

Mahkamah memaklumkan, talak satu ‘ba-in Sughra’ (Bain Sughra) itu dijatuhkan kerana pasangan berkenaan tidak pernah melakukan hubungan kelamin.

Mahkamah juga memerintahkan tiada tuntutan daripada kedua-dua belah pihak selepas mereka bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perkahwinan.

Tiada tempoh edah bagi perceraian ‘ba-in Sughra’ ini kerana pasangan berkenaan tidak melakukan hubungan kelamin dan mereka tidak boleh rujuk kecuali melalui proses akad nikah semula.

Hafiz ditemani pengurus Nasir Deraman dan peguam Azmi Mohd Rais. Dia tiba di mahkamah pukul 2.30 petang.

Penyanyi itu selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 12 Oktober lalu.

Joy pula diwakili peguam Aznor Suhaida Dolah.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Mei lalu.

3. Ezlynn & Adam Fahmy

Selepas memfailkan permohonan cerai pada 7 April lalu, penyanyi Hi Hi Bye Bye, Ezlynn dan Adam Fahmy akhirnya disahkan bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2017.

Antara alasan permohonan cerai itu termasuk tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga yang dibina pada 20 November 2011.

Penyanyi Ezlynn mengakui punca keretakan rumah tangganya bersama suami, Adam Fahmy disebabkan tidak sefahaman.

Kata Ezlynn, hubungan mereka mulai dingin sejak beberapa tahun lalu namun menegaskan masih tinggal sebumbung.

“Saya sifatkan kami sudah tidak sefahaman, tiada sebab lain untuk saya mengambil keputusan meminta cerai.

“Perkara ini bukan baru, sebab ia berlarutan selama beberapa tahun cuma saya mendiamkan daripada pengetahuan keluarga dan orang lain.

“Daripada media sosial kami pun rasanya semua sudah boleh agak namun tiada siapa yang bertanya.

“Malah, prosiding mahkamah juga sudah bermula sejak awal tahun ini sehinggalah diketahui umum ketika prosiding kedua beberapa minggu lalu,” katanya yang ditemui ketika majlis sidang media program Syawal TV3 & TV9 di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ezlyn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada awal Januari lalu.

Pasangan itu kini sedang menjalani proses kaunseling dengan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Ezlyn dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

Bagaimanapun, jelas Ezlynn mereka masih tinggal sebumbung walaupun jarang bercakap antara satu sama lain.

“Kami masih suami isteri, jadi semestinya masih tinggal bersama,” katanya yang bakal merakamkan sebuah lagu bersama Tam Spider selepas Aidilfitri.

Ezlyn dan Adam telan mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun belum dikurniakan cahaya mata.

4. Erma Fatima & Bade Hj Azmi

Siapa sangka, selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Hj Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima pada 17 Ogos lalu.

Mereka mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Bade bagaimanapun mempunyai seorang isteri lagi bernama Aida yang dikahwininya pada tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Namun pada tahun 2015, Erma pernah memfailkan perceraian namun menarik balik permohonan tersebut selepas kedua-duanya mengaku masih saling sayang menyayangi.

5. Serina Redzuwan & Gavin Edward O’luanaigh

Selepas dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina Redzuawan, 34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O’luanaigh pada 1 Ogos 2017.

Serina memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.

Pasangan yang berkahwin pada 1 Januari 2010 ini dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5 tahun.

Terdahulu, Chef Wan mendakwa anaknya itu bekerja keras untuk menyara keluarga dan tidak mendapat hak sepatutnya dari suami.

6. Fatin Afeefa & Adam Shah

Setelah berdolak dalih apabila ditanya mengenai keretakan rumah tangga mereka, akhirnya pelakon Adam Syah dan Fatin Afeefa mengaku sudah bercerai talak satu pada 30 Mei 2017.

Nafi perceraian mereka disebabkan orang ketiga, Adam sebaliknya mengaku ada pihak yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka.

Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 22, pada 21 Disember 2013.

7. Adi Putra & Dua Isterinya, Aida dan Norshahida

Selepas pelbagai kontroversi dan spekulasi yang berlaku dalam rumah tangganya, aktor Adi Putra mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan dua isterinya itu.

Kenyataan Adi itu dibuat kepada pihak media menerusi laman Instagram (IG) peribadi miliknya pada 23 Mac 2017.

Dalam kenyataan itu, dia memberitahu sudah berpisah dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida dan Norshahida selepas mengaku tiada mempunyai apa-apa hubungan dengan mereka.

Terdahulu Adi dilaporkan memfailkan perceraiannya terhadap Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Mereka berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaiakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Sumber Astro Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *