[VIDEO] ‘Comel Je Emma Kecik Molek…’- Netizen Puji Emma Buat Panama Dance, Tapi Lawak Lihat Kamal Adli!

Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon cantik ini malah beliau semakin terkenal bukan?

Emma Maembong sememangnya seorang pelakon yang kini semakin meningkat naik, apatah lagi Emma merupakan selebriti yang cantik dan berbakat dalam bidang lakonan.

Emma yang dahulunya terpalit dengan kontroversi mengenai bekas kekasihnya iaitu Kamal Adli sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Namun, walaupun sudah putus Emma dan Kamal dilihat semakin akrab malah ada juga memuat naik foto bersama di laman sosial Instagram.

Difahamkan, peminat pelakon kacak dan cantik ini dilihat sangat sesuai bersama malah netizen turut mendoakan hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Foto Kamal dan Emma bersama…

Terdahulu, Kamal ada membuat kejutan buat Emma ketika hari ulang tahunnya dan kini yang terbaru Kamal memuat naik foto di laman Instagram miliknya mengenai Emma yang memberi hadiah bagi ulang tahun pelakon kacak ini adalah tiket konsert Bruno Mars.

This girl know...

Selain foto, Emma pula memuat naik video yang dilihat ada adik beradiknya dan juga Kamal melakukan panama dance sehingga membuatkan netizen memuji Emma malah apabila melihat Kamal netizen terhibur kerana tariannya dilihat lain tetapi tetap juga ada yang mendoakan mereka agar berkahwin.

Malah video penuh ini mendapat lebih 560k tontonan daripada netizen yang rata-rata memuji Emma yang kelihatan comel.

Panama dance…

Kamal belakang Emma awat comel sangat…

Comel je…

Dahla comel jogek pulak…

Sumber : Kisah Dunia / beritasteady