[VIDEO] “Kecik-Kecik Dah Tau Gosip”- Gelagat Aisyah ‘Membawang’ Buat Netizen Tertawa

Siapa yang tidak mengenali anak pelakon cantik dan sentiasa menjadi bualan ramai iaitu Aaisyah Dhia Rana bukan?

Anak kepada pasangan Che Ta dan Zain Zaidin ini sentiasa mencuit hati dengan telatah beliau yang dimuat naik di instagram milik Aaisyah. Apatah lagi pengikut Aisyah di laman sosial instagram kini berjumlah 1.2 Juta dan ia tidak mustahil bahawa anak pelakon terkenal ini sentiasa menjadi perhatian netizen.

Pada kali ini pula, dalam laman Insta milik Aaisyah dimuat naik video yang mendapat lebih 200k tontonan dan ia membuat netizen tertawa dengan gelagat Aaisyah bergosip tentang penyanyi popular Sufian Suhaimi.

Bila sesekali ‘membawang’…

Netizen yang tertawa, Aaisyah yang masih lagi kecil sudah tahu bergosip malahan perkataan ‘bawang’ juga kini semakin popular digunakan oleh orang ramai.

Mak cik bawang kecik…

Kemain membawang eh Ecah.

Aasiyah yang menceritakan tentang kisah cinta penyanyi popular iaitu Sufian Suhaimi itu membuatkan netizen merasakan ianya kelakar, apatah lagi Aaisyah yang mempunyai raut wajah cantik ini suka menyanyi dan turut menyebut nama Wany Hasrita.

U are so cute baby… Walau bagaimanapun, Aaisyah sememangnya anak perempuan Che Ta yang sering mendapat perhatian netizen apatah lagi telatahnya yang comel membuatkan mereka suka dengan anak pasangan pelakon ini.

Sumber: IG Aaisyah Dhia Rana

Kredit: KisahDunia.COM